Thursday 10 October 2013

Dokumen Berkaitan Pembangunan Projek Pengimbas Cap Jari Menggunakan Arduino

Video Gambaran Awal Projek Pengimbas Cap Jari Menggunakan Arduino


Projek Pengimbas Cap Jari Menggunakan Arduino

Mengesan Cap Jari Menggunakan Perisian

Jika data Cap Jari terdapat dalam pengkalan data maka ID dapat dikenalpasti

Jika tiada dalam data, mesej error akan dipaparkan

Perisian SFGDemo Sebagai Platform Mengimbas Cap Jari Menggunakan Arduino






Pengimbas Cap Jari Menggunakan Arduino

Untuk projek yang akan datang, cadangan saya adalah untuk menghasilkan Pengimbas Cap Jari Menggunakan Arduino. Projek ini dibangunkan untuk mengubahsuai ciptaan sedia ada di bank yang mana mereka menggunakan Pengimbas Cap Jari. Namun, apa yang ingin saya ubahsuai disini adalah sistem dimana pengguna dapat melihat sekiranya terdapat error pada cap jari pengguna. Maksudnya disini, jika lampu LED berwarna merah,ia adalah pada mode standby, sekiranya LED berwarna hijau, cap jari telah disahkan kemasukkannya ke dalam sistem.

gambaran awal Pengimbas Cap Jari Menggunakan Arduino

Paparan pada serial monitor Arduino

Edu-InERI 2013 International Exposition Research & Innovation 2013

Pada 20-22 September yang lalu, saya telah didaftarkan oleh Pensyarah saya iaiatu, Dr Amir bin Yusoff untuk menyertai pertandingan Edu-InERI 2013 iaitu pertandingan serta pameran projek serta penyelidikan. Tujuan saya menyertai pertandingan ini adalah untuk mendapatkan pengalaman dalam penghasilan serta pembentangan projek.Projek yang saya pertandingkan adalah Solar Sensing Device For Rainforest(Prototaip). Pertandingan ini disertai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia,IPGM serta universiti tempatan dan swasta.Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah namun saya mendapat banyak pengalaman daripada acara ini.

Bersama Dr Amri dan hasil penyelidikan


Tag nama sebagai bukti penyertaan

Pensyarah projek Dr Amri Bin Yusoff

Solar Sensing Device For Rainforest

GPRS/GPS

Projek Arduino diteruskan dengan menambahkan sistem GPRS/GPS kepadanya.Dengan adanya sistem ini, maka projek Solar Sensing Device For Rainforest dapat dikesan asalkan berada pada jarak latitude dan longtitude yang ditetapkan. Sistem pengujian alat akan dilakukan di Hutan Belum, Perak.

Introduction
This is a GPS/GPRS/GSM shield from DFRobot. This shield with a Quad-band GSM/GPRS engine works on frequencies EGSM 900MHz/DCS 1800MHz and GSM850 MHz/PCS 1900MHz. It also supports GPS technology for satellite navigation. It's possible for your robot and control system to send messages and use the GSM network.
 
It is controlled via AT commands(GSM07.07 ,07.05 and SIMCOM enhanced AT Commands). And the design of this shield allows you to drive the GSM & GPS function directly with the computer and the Arduino Board. It includes a high-gain SMD antenna for GPS & GSM.
 
This GPS/GPRS/GSM shield uses an embedded SIM908 chip from SIMCom.Featuring an industry-standard interface and GPS function, the combination of both technologies allows goods, vehicles and people to be tracked seamlessly at any location and anytime with signal coverage.
 
 
Specification
  • Power supply: 6-12v
  • Low power consumption (100mA@7v - GSM mode)
  • Quad-Band 850/900/18001900MHz
  • GPRS multi-slot class 10
  • GPRS mobile station class B
  • Compliant to GSM phase 2/2+
  • Class 4 (2 W @ 850/900 MHz)
  • Class 1 (1 W @ 1800/1900MHz)
  • Control via AT commands(GSM07.07 ,07.05 and SIMCOM enhanced AT Commands)
  • Support GPS technology for satellite navigation
  • Embeded high-gain SMD antennas for GPS & GSM
  • Directly support 4*4 button pad
  • USB/Arduino control switch
  • Programmable switch for Arduino
  • LED indicators for power supply, network states and working status
  • Board Surface:Immersion Gold
  • Switches:
    • S1 -- Programming mode / Communication mode
    • S2 -- Controlling interface: USB / Arduino
  • Interfaces:
    • Embedded SIM card holder
    • Speaker & Mic Jack socket
  • Size: 81x70mm
  • Specifications for SMS via GSM / GPRS
    • Point-to-point MO and MT
    • SMS cell broadcast
    • Text and PDU mode
  • Specification for GPS
    • Receiver 42 channels, GPS L1 C/A code, High-performance STE engine
    • Sensitivity:
      • Tracking: -160 dBm
      • Cold starts: -143 dBm
    • Time-To-First-Fix:
      • Cold starts: 30s (typ.)
      • Hot starts: 1s (typ.)
    • Accuracy:Horizontal position: <2.5m CEP
    • Power consumption (GSM engine in idle mode):Acquisition 77mA,Tracking 76mA

Sunday 29 September 2013

HASIL PEMBANGUNAN PROJEK

Gambar Terakhir Hasil Projek Alat Pengesan Suhu, Kelembaban dan I.P.U Menggunakan Output 5V Bekalan Kuasa Tenaga Solar













Optical Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F

Optical Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F merupakan sensor yang mengesan nilai debu pada kadar unit (ug/m³). Sensor ini digunapakai bagi mengkaji kandungan debu semasa jerebu berlaku.






Penghasilan Sensor Yang Mengkaji Suhu, Kelembaban dan IPU Udara


Bagi mengkaji tahap suhu, kelembaban dan API udara, saya menggunakan sensor DHT11 dan Optical Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F. Kedua-dua sensor ini dapat memastikan nilai suhu, kelembaban dan IPU udara.


Sensor DHT11


Sensor DHT11 merupakan sensor yang digunakan untuk mendapatkan nilai bagi suhu dan kelembaban. Sebelum digunakan ia perlu diprogramkan terlebih dahulu. Nilai suhu dan kelembaban dapat dilihat melalui Serial Monitor pada Arduino atau pada paparan LCD






foxyform

KOS AT47 ISMP TEKNOLOGI REKABENTUK BERKOMPUTER MERUPAKAN PROGRAM YANG MELIBATKAN SAINS DAN TEKNIKAL. IA MERUPAKAN PROGRAM PASARAN TERBUKA DAN BUKAN BERTUJUAN UNTUK LANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PELAJARAN. BLOG INI DIBANGUNKAN BERTUJUAN MEMBANTU PELAJAR BAGI MENINGKATKAN PENGETAHUAN MEREKA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNIKAL. 

DIHARAPKAN BLOG INI DAPAT MEMBANTU PENGGUNA MENAMBAHKAN ILMU SERTA MENJADI INSAN YANG BERKREATIVITI TINGGI, INOVATIF SERTA BERDAYA SAING DIPASARAN. TERIMA KASIH DAN SELAMAT MEMBACA....

TUTORIAL 3D MAX


TUTORIAL FLASH


TUTORIAL PREZI


TUTORIAL ARDUINO


TUTORIAL INVENTOR


TUTORIAL AUTOCAD


Saturday 28 September 2013

Friday 27 September 2013

Monday 23 September 2013

MENGHASILKAN SENSOR YANG DAPAT MENGESAN SUHU, KELEMBABAN DAN JEREBU

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. 
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.


Bahan Pencemaran Udara
  • · Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • · Ozon
  • · Gas Karbon monoksida
  • · Gas Nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida

Alat Pengecas Bateri Litium Polimer Melalui Tenaga Solar

Ketiga-tiga peranti dan komponen digabungkan menjadi seperti berikut untuk menghasilkan output 5v tanpa menggunakan tenaga elektrik



MENGHASILKAN TENAGA OUTPUT 5V MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR



Tenaga suria atau tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas.
Kegunaannya semakin meluas tatkala kesedaran mengenai kos persekitaran dan bekalan terhad oleh sumber tenaga lain seperti bahan api fosil yang semakin terasa. Bagi menjimatkan tenaga elektrik, saya ditugaskan untuk menghasilkan bekalan kuasa sebanyak 5v menggunakan tenaga solar



Komponen-komponen yang diperlukan

Komponen-komponen yang diperlukan untuk menghasilkan bekalan kuasa 5v ini adalah seperti berikut. 


1. LiPo Rider Pro

2. Bateri LiPo 3.7v 2600 MAh

3. Solar Panel



LiPo Rider Pro

LiPo Rider Pro adalah peranti tenaga hijau yang boleh menghasilkan output 5v menggunakan tenaga solar dan bateri. Ia merupakan sumber hijau yang sesuai untuk reka bentuk luar sensor. Ia boleh digunakan pada kuasa solar selam-lamanya. LiPo Rider Pro adalah amat berpatutan dan mudah digunakan kerana ia tidak memerlukan pengaturcaraan. Cuma perlu pasangkan dan ia akan terus berfungsi. Pengecas dalaman IC mengendalikan semua aliran kuasa antara pelbagai komponen. Bagi kes kuasa solar tidak mencukupi, port microUSB membolehkan anda mengecas bateri litium melalui USB.




Bateri LiPo 3.7v 2600 MAh

Litium ion polimer (juga dikenali sebagai 'LIPO' atau 'lipoly') merupakan bateri yang nipis, ringan dan berkuasa. Output antara 4.2V apabila benar-benar dikenakan ke 3.7V. Bateri ini mempunyai kapasiti 2600mAh untuk sejumlah kira-kira 10 Wh.
Bateri mempunyai 2-pin penyambung JST-PH yang tulen seperti yang ditunjukkan dan termasuk litar perlindungan yang diperlukan. Kerana mereka mempunyai penyambung JST tulen, kabel tidak akan tergendala dalam JST bicu yang sepadan, hanya klik masuk dan keluar dengan lancar.


   
Solar Panel

Mempunyai kecekapan yang tinggi pada 16%. Unit mempunyai salutan epoxy jelas dengan sokongan papan yang keras. Kedap teguh untuk aplikasi yang melibatkan luaran.





Menulis Pengaturcaraan Arduino

Klik pada folder Arduino 1.5.2 Beta dan anda akan melihat gambarajah seperti dibawah.

Klik logo Arduino dan anda akan melihat antaramuka seperti dibawah. Antaramuka ini dinamakan” sketch”. Ia dibina secara sumber terbuka, oleh itu sentiasa ada pembaharuan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.


Disinilah anda akan menulis kod untuk di muat naik ke Arduino anda. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah ”C” yang telah dipermudah .Sesuai untuk mereka yang baru bermula dan ingin mencuba. Bagi yang baru menyesuaikan diri dengan Arduino, mereka hanya perlu menggunakan contoh kod yang telah disediakan di”library” yang disediakan oleh Arduino dan hanya perlu memasukkan kod yang telah disediakan.


PROSES PENGATURCARAAN ARDUINO

Di bahagian ini pula saya akan menerangkan tentang perisian yang digunakan untuk menulis kod dan bagaimana memasang perisian ini pada PC atau Laptop anda. Oleh kerana Arduino dibina atas dasar sumber terbuka anda boleh muat turun perisian tersebut dari Laman Rasmi Arduino secara percuma. Pada masa saya menulis ini, versi yang terbaru adalah Arduino 1.5.2 Beta Untuk memuat turun klik ”Laman Rasmi Arduino” di ruangan sebelah kanan yang telah disediakan. Dari Laman Arduino Klik ”Download” dan anda akan dapat melihat gambarajah seperti di bawah.



Pilih sistem operasi yang anda gunakan untuk muat turun. Fail Arduino-1.5.2 Beta.zip akan dimuat turun ke komputer anda. Saiz nya lebih kurang 80Mb. Jadi penggunaan Jalur lebar amatlah digalakkan. Kemudian anda boleh unzip fail tersebut.Perisian ini adalah percuma

Perbezaan Antara Arduino Dengan Mikro Kontroler Lain



· Lebih Murah – Oleh kerana Arduino dibina secara sumber terbuka ianya lebih murah berbanding mikro kontroler lain yang ada di pasaran.

· Platform bersilang – Arduino boleh digunakan pada semua sistem operasi komputer Windows,Mac OSX dan Linux. Kebanyakan mikro kontroler lain terhad kepada sistem operasi Windows sahaja.

· Pengaturcaraan mudah – Pengaturcaraan C yang dipermudah. Sesuai digunakan oleh penuntut sekolah atau yang ingin memulakan hobi dan menepati kehendak pengguna yang lebih berpengalaman kerana boleh diperkembangkan ke C++.

· Perisian sumber terbuka – oleh kerana perisian ini dibina secara sumber terbuka ia boleh didapati secara percuma berbanding perisian untuk mikro kontroler lain yang harganya mencecah lebih seribu ringgit.



· Papan pembagunan sumber terbuka – Papan pembagunan seperti contoh yang anda lihat diatas (Arduino Duemilanove) dibina secara sumber terbuka oleh itu anda boleh mendapatkan dengan harga yang lebih murah. Sesuai untuk mereka yang ingin belajar atau memulakan hobi dalam bidang elektronik,robotik dan rekacipta. Papan pembangunan Arduino Duemilanove di buat di Italy namun anda boleh mendapatkanya dengan harga kurang dari RM150.00