Sunday 29 September 2013

HASIL PEMBANGUNAN PROJEK

Gambar Terakhir Hasil Projek Alat Pengesan Suhu, Kelembaban dan I.P.U Menggunakan Output 5V Bekalan Kuasa Tenaga Solar













Optical Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F

Optical Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F merupakan sensor yang mengesan nilai debu pada kadar unit (ug/m³). Sensor ini digunapakai bagi mengkaji kandungan debu semasa jerebu berlaku.






Penghasilan Sensor Yang Mengkaji Suhu, Kelembaban dan IPU Udara


Bagi mengkaji tahap suhu, kelembaban dan API udara, saya menggunakan sensor DHT11 dan Optical Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F. Kedua-dua sensor ini dapat memastikan nilai suhu, kelembaban dan IPU udara.


Sensor DHT11


Sensor DHT11 merupakan sensor yang digunakan untuk mendapatkan nilai bagi suhu dan kelembaban. Sebelum digunakan ia perlu diprogramkan terlebih dahulu. Nilai suhu dan kelembaban dapat dilihat melalui Serial Monitor pada Arduino atau pada paparan LCD






foxyform

KOS AT47 ISMP TEKNOLOGI REKABENTUK BERKOMPUTER MERUPAKAN PROGRAM YANG MELIBATKAN SAINS DAN TEKNIKAL. IA MERUPAKAN PROGRAM PASARAN TERBUKA DAN BUKAN BERTUJUAN UNTUK LANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PELAJARAN. BLOG INI DIBANGUNKAN BERTUJUAN MEMBANTU PELAJAR BAGI MENINGKATKAN PENGETAHUAN MEREKA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNIKAL. 

DIHARAPKAN BLOG INI DAPAT MEMBANTU PENGGUNA MENAMBAHKAN ILMU SERTA MENJADI INSAN YANG BERKREATIVITI TINGGI, INOVATIF SERTA BERDAYA SAING DIPASARAN. TERIMA KASIH DAN SELAMAT MEMBACA....

TUTORIAL 3D MAX


TUTORIAL FLASH


TUTORIAL PREZI


TUTORIAL ARDUINO


TUTORIAL INVENTOR


TUTORIAL AUTOCAD


Saturday 28 September 2013

Friday 27 September 2013

Monday 23 September 2013

MENGHASILKAN SENSOR YANG DAPAT MENGESAN SUHU, KELEMBABAN DAN JEREBU

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. 
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.


Bahan Pencemaran Udara
  • · Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • · Ozon
  • · Gas Karbon monoksida
  • · Gas Nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida

Alat Pengecas Bateri Litium Polimer Melalui Tenaga Solar

Ketiga-tiga peranti dan komponen digabungkan menjadi seperti berikut untuk menghasilkan output 5v tanpa menggunakan tenaga elektrik



MENGHASILKAN TENAGA OUTPUT 5V MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR



Tenaga suria atau tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas.
Kegunaannya semakin meluas tatkala kesedaran mengenai kos persekitaran dan bekalan terhad oleh sumber tenaga lain seperti bahan api fosil yang semakin terasa. Bagi menjimatkan tenaga elektrik, saya ditugaskan untuk menghasilkan bekalan kuasa sebanyak 5v menggunakan tenaga solar



Komponen-komponen yang diperlukan

Komponen-komponen yang diperlukan untuk menghasilkan bekalan kuasa 5v ini adalah seperti berikut. 


1. LiPo Rider Pro

2. Bateri LiPo 3.7v 2600 MAh

3. Solar Panel



LiPo Rider Pro

LiPo Rider Pro adalah peranti tenaga hijau yang boleh menghasilkan output 5v menggunakan tenaga solar dan bateri. Ia merupakan sumber hijau yang sesuai untuk reka bentuk luar sensor. Ia boleh digunakan pada kuasa solar selam-lamanya. LiPo Rider Pro adalah amat berpatutan dan mudah digunakan kerana ia tidak memerlukan pengaturcaraan. Cuma perlu pasangkan dan ia akan terus berfungsi. Pengecas dalaman IC mengendalikan semua aliran kuasa antara pelbagai komponen. Bagi kes kuasa solar tidak mencukupi, port microUSB membolehkan anda mengecas bateri litium melalui USB.




Bateri LiPo 3.7v 2600 MAh

Litium ion polimer (juga dikenali sebagai 'LIPO' atau 'lipoly') merupakan bateri yang nipis, ringan dan berkuasa. Output antara 4.2V apabila benar-benar dikenakan ke 3.7V. Bateri ini mempunyai kapasiti 2600mAh untuk sejumlah kira-kira 10 Wh.
Bateri mempunyai 2-pin penyambung JST-PH yang tulen seperti yang ditunjukkan dan termasuk litar perlindungan yang diperlukan. Kerana mereka mempunyai penyambung JST tulen, kabel tidak akan tergendala dalam JST bicu yang sepadan, hanya klik masuk dan keluar dengan lancar.


   
Solar Panel

Mempunyai kecekapan yang tinggi pada 16%. Unit mempunyai salutan epoxy jelas dengan sokongan papan yang keras. Kedap teguh untuk aplikasi yang melibatkan luaran.





Menulis Pengaturcaraan Arduino

Klik pada folder Arduino 1.5.2 Beta dan anda akan melihat gambarajah seperti dibawah.

Klik logo Arduino dan anda akan melihat antaramuka seperti dibawah. Antaramuka ini dinamakan” sketch”. Ia dibina secara sumber terbuka, oleh itu sentiasa ada pembaharuan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.


Disinilah anda akan menulis kod untuk di muat naik ke Arduino anda. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah ”C” yang telah dipermudah .Sesuai untuk mereka yang baru bermula dan ingin mencuba. Bagi yang baru menyesuaikan diri dengan Arduino, mereka hanya perlu menggunakan contoh kod yang telah disediakan di”library” yang disediakan oleh Arduino dan hanya perlu memasukkan kod yang telah disediakan.


PROSES PENGATURCARAAN ARDUINO

Di bahagian ini pula saya akan menerangkan tentang perisian yang digunakan untuk menulis kod dan bagaimana memasang perisian ini pada PC atau Laptop anda. Oleh kerana Arduino dibina atas dasar sumber terbuka anda boleh muat turun perisian tersebut dari Laman Rasmi Arduino secara percuma. Pada masa saya menulis ini, versi yang terbaru adalah Arduino 1.5.2 Beta Untuk memuat turun klik ”Laman Rasmi Arduino” di ruangan sebelah kanan yang telah disediakan. Dari Laman Arduino Klik ”Download” dan anda akan dapat melihat gambarajah seperti di bawah.



Pilih sistem operasi yang anda gunakan untuk muat turun. Fail Arduino-1.5.2 Beta.zip akan dimuat turun ke komputer anda. Saiz nya lebih kurang 80Mb. Jadi penggunaan Jalur lebar amatlah digalakkan. Kemudian anda boleh unzip fail tersebut.Perisian ini adalah percuma

Perbezaan Antara Arduino Dengan Mikro Kontroler Lain



· Lebih Murah – Oleh kerana Arduino dibina secara sumber terbuka ianya lebih murah berbanding mikro kontroler lain yang ada di pasaran.

· Platform bersilang – Arduino boleh digunakan pada semua sistem operasi komputer Windows,Mac OSX dan Linux. Kebanyakan mikro kontroler lain terhad kepada sistem operasi Windows sahaja.

· Pengaturcaraan mudah – Pengaturcaraan C yang dipermudah. Sesuai digunakan oleh penuntut sekolah atau yang ingin memulakan hobi dan menepati kehendak pengguna yang lebih berpengalaman kerana boleh diperkembangkan ke C++.

· Perisian sumber terbuka – oleh kerana perisian ini dibina secara sumber terbuka ia boleh didapati secara percuma berbanding perisian untuk mikro kontroler lain yang harganya mencecah lebih seribu ringgit.



· Papan pembagunan sumber terbuka – Papan pembagunan seperti contoh yang anda lihat diatas (Arduino Duemilanove) dibina secara sumber terbuka oleh itu anda boleh mendapatkan dengan harga yang lebih murah. Sesuai untuk mereka yang ingin belajar atau memulakan hobi dalam bidang elektronik,robotik dan rekacipta. Papan pembangunan Arduino Duemilanove di buat di Italy namun anda boleh mendapatkanya dengan harga kurang dari RM150.00




ARDUINO



Arduino ialah Papan pembangunan (development board)yang menggunakan uC Atmega untuk menghasilkan projek ataupun eksperimen.Menyerupai seperti PIC(Programmable Integrated Circuit) tapi baru diperkenalkan pada 2005 di Italy. Tujuan utamanya adalah untuk menghasilkan Papan pembangunan yang lebih murah supaya dapat digunakan oleh lebih ramai pelajar disana.Hari ni Arduino menjadi semakin popular sehinggakan terdapat pereka fesyen di Italy yang menggunakannya untuk pakaian baru mereka. Senarai empat nama dibawah ini adalah mereka yang terlibat dalam menghasilkan Arduino.



David A. Mellis

Copenhagen Institute of

Interaction Design

Njalsgade 88

2300 Copenhagen S, Denmark




Massimo Banzi

Tinker.it!

Via Amendola, 2

20052 Monza (MI) Italy




David Cuartielles

School of Arts and Communication

Malmö University

20506 Malmö Sweden




Tom Igoe

ITP, Tisch School of the Arts, NYU

721 Broadway, 4th floor

New York, NY 10003 USA




Lebih khususnya Arduino ialah sejenis Papan Pembangunan yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan peralatan luaran seperti mengesan dari sensor dan mengawal peralatan seperti motor dan relay. Jadi anda boleh menggunakan Arduino untuk membina peralatan elektronik seperti alat penggera,jam digital,paparan Led dan juga robot atau apa saja mengikut kreativiti anda.Dibina secara sumber terbuka supaya dapat digunakan dengan lebih mudah dan murah berbanding mikro kontroler lain yang ada di pasaran.



Terdapat banyak mikro kontroler dipasaran antaranya PIC,Basic Stamp dan lain lain. Kesemua mikro kontroler ini boleh diguna untuk membina peralatan seperti yang dinyatakan tadi.

Microsoft Word 2010



Bagi menghasilkan laman sesawang ini, Dr Amri meminta saya untuk mengggunakan aplikasi Microsoft Word 2010 sebagai medium untuk menghasilkannnya. Dokumen yang telah siap akan dimuatnaik ke server sebelum laman sesawang yang sebenar dihasilkan. Antara dokumen-dokumen yang perlu dihasilkan adalah:

o Index.html(Merangkumi Pengenalan kepada syarikat)

o About.html(Maklumat tentang syarikat)

o Activity.html(Aktiviti yang dijalankan oleh syarikat)

o Process.html(Proses-proses yang terlibat)

o Contact us.html(Kaedah menghubungi syarikat

Berikut merupakan bentuk dokumen Index.html yang dihasilkan mengunakan Microsoft Word 2010 sebelum ia dimuatnaikkan ke server